Atmosphere 360 Restaurant
Papa dan Adam di kaunter
Kami beli buffet lunch ini dengan harga yang berpatutan di Groupon. Selain dapat makan, dapat juga tiket ke Blue Coral Aquarium. Jadi boleh bawa Adam sekali. Kalau nak duduk tepi tingkap kena bayar extra sikit, tapi kalau tak duduk kat tepi tingkap pun okay juga. Boleh nampak pemandangan KL juga.
Bergambar sebelah pokok Krismas sementara menunggu naik lif.
Masa tungu lif ni ada orang jaga. Tolong tekankan lif semua. Takderlah nak berebut ker. Semuanya teratur. Lupa nak bagitahu, nak makan kat sini, kena pakai baju berkolar dan tak boleh pakai sandal untuk lelaki. Tapi masa kami di restoran tu ada jer yang pakai sempoi.
Pemandangan Kuala Lumpur dari Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur
Ini view yang korang boleh nampak jika berdiri betul - betul dekat dengan tingkap tu. Gayat juga lah sebab boleh nampak semua kat bawah kita.
Masa tengah beratur tunggu makanan atau makan - makan di meja, bolehlah nampak dan enjoy pemandangan Kuala Lumpur. Disebabkan restoran ini berputar jadi bolehlah nampak semua pemandangan. Putarannya pun perlahan, takderlah kut korang risau pening ker ;p
Adam tengah ikut nyanyi lagu Birthday. Nyanyi ikut bahasa yang hanya dia faham ;p
Selain tu, kalau pergi time birthday atau wedding anniversary, dapat free cake. Dengan syarat kena tunjuk IC atau sijil nikah/kad nikah pada diaorang. Tak sure masa bila nak tunjuk. Boleh jer tanya dengan staff di kaunter atau pun kat restoran ni. Kebetulan masa ni, ada beberapa orang datang celebrate Birthday di sini, jadi kejap-kejap jer dengar lagu Birthday.
Time untuk buffet lunch ini dari pukul 1.30 pm hingga pukul 3.00 pm. So, sempatlah nak makan semua, itu pun kalau boleh sumbat lagi. ;p
Habis makan, kami pergi ke Observation Deck. Husband tak pernah pergi lagi. Jadi pergi situ tengoklah pemandangan Kuala Lumpur. Ada banyak cenderamata di jual di situ. Macam - macam ada. Kemudian kami ke Blue Coral Aquarium dan Mini Zoo yang berada di luar bangunan Menara Kuala Lumpur.
3 comments:
Salam. Nak tanya, bayaran dibuat masa bile ye?
Hi, Nak tanya food lunch dia okay tak ya? lagi satu kalau nak request birthday dia bukan hari yg nak pergi boleh ke ya? Tq =)
salam wanderla and erica,
sorry for the late reply.
Wanderla,
masa tu guna groupon. dah siap buat pembayaran masa beli di groupon. tapi sekarang groupon dah tukar jadi myfave.com, local based company tak silap saya. Yang groupon.com tu dah international shopping online macam tu la. boleh google.
Erica,
Food dia boleh la. Tak banyak choice. Pasal birthday party tu saya rasa kena in advance kut sebab nak ada kek kan? Tak sure pasal benda ni coz dah lama tak ingat. awak boleh call dulu dan tanya
Thank you for dropping by
#staysafe
#stayathome
Post a Comment