Thursday, June 5, 2014

Mi Power Bank - Popular?



Alkisahnya bermula apabila Xiaomi mengadakan pelancaran atas power bank dan juga smartphone terbarunya. Untuk meraikannya, Xiaomi menawarkan potongan harga untuk Mi 3 (produk smartphone terbaru) bersama dengan Power bank. Power bank keluarannya berkapasiti 10,400 mAh dan dikatakan berkemampuan mengecas 4.5 kali iPhone 5S dan 2.5 kali Mi 3. Untuk maklumat lanjut boleh pergi sini.
Tanpa disangka jualan untuk Power bank sebanyak 5000 unit telah habis dahulu dan dalam lebih kurang tidak sampai setengah jam, semuanya unit telah habis dijual pada 20 May 2014.

Kemudian Xiaomi mengadakan pusingan kedua dan menawarkan unit sama bagi kedua-dua dengan tambahan untuk Mi 3. Kali ini dalam masa 15 minit semua habis di jual.

Dalam pusingan kedua ini ramai yang tidak berpuashati kerana ada pembeli yang dapat membeli berkali-kali dan ada yang sangkut kat bahagian checkout. Apabila pengguna tekan butang checkout, paparan out of stock dipaparkan. Saya pon termasuk dalam golongan ini - rasanya server diaorang sudah tepu dengan banyaknya transaksi berlaku dalam 15 minit itu.

Nampaknya permintaan untuk Power bank yang berkualiti dan murah begitu diperlukan oleh orang kita. Lagipun harga pon dalam RM36, siapa yang tak nak beli kan ;)

Selepas itu, ada lagi satu pusingan yang diadakan pada 3 Jun 2014 pada 12 tengahari. Kali ini nampaknya Xiaomi telah besedia dan mengatasi semua masalah teknikal dalam pusingan sebelum ini.

Dengan itu, semua stok habis dalam masa bawah 2 minit. Rasanya peembeli telah besedia dengan sudah mendaftar dengan paypal supaya proses checkout lebih mudah dan cepat. Masakan tidak, saya berjaya untuk memilih 2 unit dalam shopping cart dan apabila tekan checkout perlukan masuk info, selepas itu tekan continue  terus out of stock pula. Ku keciwa :)

Lepas ini tidak dapat dipastikan sama ada pusingan keempat pula menyusul. Kalau ada, silala tambah unit itu dalam 20 ribu ke? hehe.

Selamat membeli!

Mi Power Bank - Yay

Sumber :
Xiaomi website
Xiaomi Faccebook


No comments: