Pandangan dari aras 2
Membeli-belah :)
Sebelum ini penganjur pernah buat di AmCorp Mall sebelum membuka satu kedai buku di situ dan hanya tahun lepas mereka buat di MIECC@The Mines apabila jumlah buku yang dibawa melepasi sejuta buku. Ramai ler manusia membawa buku-buku dalam kotak, bagi yang ada
pengalaman tahun lepas. Mereka membawa troli ataupon beg galas beroda
supaya senang nak menolak and mengangkut. Rata-rata buku berharga RM5,
RM6 dan RM8 dan ada buku yang berkulit tebal dijual pada harga RM20 -
30. Memang murah dan berbaloi. Buku kanak-kanak, fiksyen dan sejarah boleh diperoleh dengan mudah.
Pandangan dari aras 2 lagi
Tidak banyak beza
dari tahun lepas, cuma dari segi service dipertingkatkan lagi dengan ada
ruangan untuk menyimpan sementara buku yang diambil, sesiapa yang penat
mengusung kotak bolehlah simpan sementara buku-buku sebab nak
mengangkat dari hujung ke hujung memang jauh. Diberikan tag number dan
ditulis nama anda dan no telefon. Rasanya kalau tidak ambil buku2 anda
dalam masa 12 jam, buku2 tersebut akan diletakkan kembali ke tempat
asal.
Disamping itu, ada juga perkhidmatan troli untuk membawa buku anda (cuma dari kaunter ke pintu depan - tempat menunggu kereta). Di aras2 , ada gerai-gerai menjual makanan dan minuman, antara yang turut serta KFC, dominos dan lain-lain lagi.
Apalagi tunggu, marilah beli buku :)
Selamat membeli-belah.
2 comments:
assalamualaikum,
mines? yg tingkat atas sekali tu ea?oo..dulu penah gi sekali tp mcm tak sebest yg sekarang.aaa...nk gi tapi jauh!
waalaikumussalam. Bukan kat atas sekali. Big Bad Wolf tu dia buat kat bangunan sebelah dia. Sebelah shopping Mall The Mines. Jauh yer? Takperlah, maybe next time dia buat kat tempat awak pula :)
Post a Comment