Wednesday, December 4, 2013

Panduan dan Tips Penjimatan Elektrik

Picture Credit : Panduan dan Tips Penjimatan Elektrik

Panduan atau tips penjimatan elektrik ini saya perolehi dari Penggunalestari dan Switch.org.my. Panduan ini harapnya dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan secara tidak langsung dapat mengurangkan juga kos pembayaran. Sehubungan dengan kenaikan tarif elektrik untuk tahun 2014 sebanyak 14.89% di Semenanjung dan 16% di Sabah iaitu daripada 33.54 sen/KWJ kepada 38.53/KWJ (Semenanjung) dan 5 sen (Sabah), marilah kita bersama - sama praktikkan cara - cara penjimatan elektrik yang telah disenaraikan.

Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.

1. Tetapkan suhu penyaman udara tidak kurang daripada 24ÂșC
  • Jika anda sudah kebiasaan pada suhu yang lebih rendah, maka cuba membiasakan diri kepada suhu ini kerana ia akan menolong penyaman udara rumah anda tahan lebih lama.
  • Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
2. Tutup tingkap dan pintu semasa penyaman udara digunakan
  • Ini boleh mengelakkan pembaziran tenaga semasa menggunakan penyaman udara.
3. Padamkan lampu bilik apabila tidak digunakan.
  • Tutup lampu pada waktu siang.
  • Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.
  • Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
  • Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
  • Ramai pengguna mengendahkan tabiat menutup lampu semasa keluar dari bilik. Tabiat tidak menutup lampu adalah salah satu punca pembaziran tenaga.
4. Padam Perkakasan Elektrik
  • Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Perkakasan, peralatan ataupun peranti elektrik di rumah seperti komputer, seterika, TV dan sebagainya perlu di padamkan untuk pengurusan elektrik yang cekap dan untuk memastikan jangka hayat peralatan elektrik lebih lama.
  • Adalah lebih baik jikalau kamu boleh mengeluarkan kabel kuasa (power cable) dari soketnya. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
5. Seterika Elektrik
  • Alat pemanas dalam seterika elektrik menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Cubalah sebanyak mungkin menggosok pakaian dalam satu masa daripada menggosok berulang kali dalam sehari.
6. Peti Sejuk – Faktor Saiz dan Cara Penggunaan
  • Gunakan mengikut saiz keperluan dan bukannya disebabkan minat untuk saiz besar. Peti sejuk yang lebih besar menggunakan tenaga elektrik yang lebih tinggi. Seboleh‐bolehnya gunakan peti sejuk Kecekapan Tenaga tinggi (5 Bintang)
  • 15.30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.
  • Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
7. Peti Sejuk‐ Pengumpulan Fros
  • Ada sesetengah peti sejuk yang tidak datang dengan ‘defrost’ sistem. Jika peti sejuk anda sebegini maka panggillah juru teknik peti sejuk untuk mendapatkan bantuan.
8. Peti Sejuk‐ Penyusunan Bahan Makanan
  • Pastikan susun atur makanan membolehkan pengaliran udara yang bebas antara makanan.
  • Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
9. Peti Sejuk‐ Lokasi
  • Kecekapan peti sejuk juga bergantung kepada lokasinya di simpan di dalam rumah. Di tepi dan belakang peti sejuk mestilah disediakan ruang sedikit untuk pengaliran bebas udara.
  • Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
10. Peti Sejuk‐ Gegelung Pemeluwap
  • Kecekapan peti sejuk juga bergantung kepada gegelung pemeluwap. Penjagaan kebersihannya juga penting dalam patut dijadualkan sebagai Langkah Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)
  • Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.
11. Ketuhar Elektrik / Gelombang Mikro
  • Gasket pintu gelombang mikro hendaklah selalu dalam keadaan tertutup untuk mengelakkan kehilangan tenaga.
12. Cerek Elektrik
  • Pengunaan cerek elektrik amat menjimatkan kerana elemen pemanas di dalam cerek elektrik di letakkan terus di dalam air untuk mendidihkannya supaya kehilangan haba berlebihan dapat di kurangkan. Elemen pemanas juga harus dibersihkan untuk mengurangkan pengunaan tenaga.
13. Alat Pemanas Air untuk Mandi
  • Pemanas air segera dapat menjimatkan lebih tenaga daripada pemanas air jenis bertakung. Jikalau rumah kamu sedang mengunakan pemanas air bertakung, sila menukarnya kepada pemanas air segera.
14. Operasi komputer
  • Komputer yang beroperasi dalam mod sedia atau mod tidur membazirkan tenaga. Adalah menjadi amalan baik untuk menutup komputer apabila tidak diperlukan untuk mengurangkan pembaziran.
15. Tukar kepada monitor LCD
  • Penukaran kepada monitor LCD yang cekap tenaga daripada menggunakan monitor CRT adalah langkah yang baik untuk penjimatan tenaga.
16. Gantikan Kipas Yang Terlampau Lama
  • Jikalau kipas kamu telah bekerja berdekad-dekat maka pertimbangkanlah untuk menukar kipas baru yang lebih cekap tenaga. Ia mengunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.
  • Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
17. Gunakan Lampu Kalimantang daripada Lampu Bulat
  • Lampu kalimantang adalah beberapa kali lebih cerah daripada lampu mentol bulat untuk Watt elektrik yang sama. Seboleh‐bolehnya gunakan lampu kalimantang yang Cekap Tenaga.
18. Tukar Lampu Pijar (Incandescent) kepada lampu CFL
  • Lampu Pijar tidak cekap tenaga maknanya membazirkan tenaga elektrik. Tukarlah kepada lampu cekap tenaga seperti Compact Fluorescent Light (CFL)
19. Cuci Penapis Alat Penyaman Udara sebagai Langkah Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)
  • Langkah Penyelenggaraan Pencegahan perlu dilakukan dalam jangka masa setiap 3 bulan untuk memastikan jangka hayat tahan lebih lama dan penapis yang kotor boleh menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan dalam process penyejukkan.
20. Tanam Pokok
  • Penanaman pokok di sekitar persekitaran rumah sedikit sebanyak akan membantu dalam process penyejukkan rumah kerana pokok‐pokok meresap CO2 di udara. Gas CO2 antara penyumbang terbesar pemanasan global dunia.
21. Pendingin Udara mestilah diletakkan di dalam ruang yang tiada halangan
  • Pastikan tiada perabot yang menghalang peredaran udara dari pendingin udara dansensor di pendingin udara.
22. Pendingin Udara mengikut keperluan
  • Jika pendingin udara diperlukan di bilik yang kecil maka 1.5hp atau 2hp sudah memadai.Tidak perlulah menggunakan hp tinggi untuk kawasan kecil kerana ia akan memakan tenaga.
  • Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.
23. Penebatan bumbung dan siling
  • Ada kaitan antara penebatan bumbung dan siling dan penggunaan tenaga dalam rumah. Penebat pelbagai pilihan di sediakan untuk rumah di lokasi sejuk dan panas.
24. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

25. Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.

26. Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.

27. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

28. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

29. Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

30. Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).

No comments: