Wednesday, February 13, 2013

Movie : Hansel And Gretel: Witch Hunters

Picture Credit : Hansel And Gretel: Witch Hunters

Sudah menjadi satu kebiasaan di Holywood membuat cerita berdasarkan kepada cerita-cerita dongeng rakyat mereka. Yang terbaru adalah Hansel and Gretel yang mengambil kisah 2 adik beradik yang ditinggalkan di hutan dan lalu terjumpa rumah yang dibuat daripada gula-gula atau manisan.

Rumah tersebut merupakan rumah ahli sihir yang menjadikan umpan gula-gula tersebut untuk menangkap kanak-kanak untuk di buat santapan. Berlakunya pergelutan dengan sang ahli sihir yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Bukan cerita ini habis disitu tetapi ia merupakan satu permulaan dan titik tolak kepada adik beradik ini menjadi pemburu ahli sihir.

Trailer: Hansel and Gretel 

Cerita kemudian beralih kepada Hansel dan Gretel yang sudah dewasa dan sekarang mengembara ke pekan - pekan serta diupah untuk mehapuskan sang ahli sihir yang banyak menculik kanak-kanak di kawasan mereka. Untuk dijadikan cerita, mereka di panggil oleh datuk bandar salah satu pekan untuk menyiasat kehilangan kanak-kanak tempatan. Rupanya mereka diculik oleh ahli sihir jahat yang berkuasa yang mahu mengumpulkan kanak-kanak tersebut untuk satu ritual menguatkan kuasa mereka. Oh ya, dalam cerita ini ahli sihir hanya boleh dibunuh dengan membakar mereka. Jadi ritual tersebut dilakukan dengan harapan mereka mendapat kuasa tambahan supaya tidak lut dengan api ;)

Jalan ceritanya, pantas dengan selang seli aksi berlawan dengan ahli sihir, cuma tidak diceritakan bagaimana adik beradik ini mendapat senjata yang canggih. Cerita ini banyak aksi berlawan dan boleh dirasakan cerita ini hanya tertumpu kepada aksi. Dekat dengan akhir cerita, ada diberikan satu kejutan yang akhirnya mereka tahu ada ahli sihir yang baik dan jahat. Sekarang mereka hanya memburu ahli sihir jahat dan boleh tukar tajuk kepada Bad Witch Hunter :)

Kosongkan minda anda dan jangan harapkan sesuatu yang hebat sementara layan aja aksi berlawan dan bunuh membunuh ahli sihir.

Selamat menonton.


No comments: