Picture Credit : Flight
Namun disebalik juruterbang boleh dianggap wira kerana menyelamatkan ramai nyawa, siasatan yang dilakukan pihak berwajib didapati juruterbang dan seorang pramugari mengandungi kadar alkohol yang tinggi dalam darah semasa bertugas. Lalu menjadikan babak menutup kesalahan (dengan bantuan kesatuan sekerja) dan mencari punca kesalahan bagi yang mati dari nahas tersebut.
Trailer : Flight
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
Cara juruterbang menyelamatkan kapal dengan terbang secara balik merupakan babak menarik di awal permulaan cerita ini. Seterusnya, cerita banyak berkisar kepada menutup kesalahan yang dilakukan juruterbang dan mengatasi masalah ketagihannya sebagai kaki botol. Beliau bergelut dengan masalah itu walaupon disuruh berhenti dan tidak mengulanginya lagi.All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
Bagi mereka yang mencari apa lagi selepas aksi kapal terbang terjunam akan kecewa kerana babak seterusnya lebih kepada mengatasi kelemahan diri dan mencari kekuatan untuk keluar dari belenggu ketagihan alkohol yang dialaminya. Mungkin ada yang terasa bosan apabila menonton cerita ini.
Di akhir cerita, beliau telah membuat satu keputusan nekad untuk membaiki dirinya. Lakonan Denzel Washington dalam cerita ini begitu berkesan.
Selamat menonton.
1 comment:
menang anugerah Oscar kan filem ni? huhu
Post a Comment