Friday, September 28, 2012

Bajet 2013




Sebentar tadi baru sahaja PM kita mengumumkan Bajet 2013. Antara intipati bajet kali ini ialah :


  • 500 juta diperuntukkan untuk projek mengindahkan Sungai Klang.
  • Industri halal mendapat suntikan dana.
  • mengadakan Insuran berkelompok bagi penjaja dan pengusaha kecil. 
  • Sebanyak RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
  • RM500 juta diperuntukkan untuk melatih guru dalam subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik. 
  • 1 billion untuk menaiktaraf sekolah-sekolah.
  • Pegawai dan anggota Angkatan Tentera akan menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan.
  • Pencen minimum pesara kerajaan naik kepada RM820.
  • Dinamakan BRIM 2.0, diberikan sekali lagi dengan ia diperluaskan lagi kepada orang bujang yang berpendapatan RM2000 ke bawah dan berumur 21 tahun ke atas sebanyak RM250.
  • Penurunan cukai pendapatan individu kepada satu mata peratus untuk RM50000 pertama.
  • RM100 diberikan kepada murid2 sekolah.
  • Pelajar IPT mendapat baucer membeli buku sebanyak RM250.
  • Pelepasan cukai dinaikkan kepada RM6000 untuk pengajian anak di IPT.
  • Penminjam PTPTN akan mendapat diskaun sebanyak 10 - 20% kepada yang membayar secara konsisten bermula 1 Oct 2012 hingga 30 Sept 2023.
  • Bonus sebanyak 1.5 bulan kepada kakitangan awam. (0.5 masa hari raya lepas, 0.5 pada bulan Disember dan Januari)

Maklumat lanjut bolehla melayari laman sesawang Kementerian kewangan,  TheStar,
Berita Harian



Tuesday, September 25, 2012

Google Nexus 7 Now in Malaysia



Asus Malaysia telah secara rasmi membawa masuk Google Nexus 7 ke Malaysia dan melancarkan secara rasmi pada 21 September 2012 yang lalu. Ia merupakan tablet pertama untuk 7 inci Quad Core dan menggunakan sistem operasi Android yang terbaru - Jelly Bean.

Apa yang membuatkan tablet ini mendapat perhatian ramai adalah kebolehannya digabungkan dengan NVIDIA Tegra 3 Quad Core processor, 12 core GeForce GPU dan display bermutu tinggi 1280x800 yang menjadikan tablet paling berkuasa serta prestasi tinggi. Google Nexus 7 telah menjadi topik hangat pengemar gajet apabila dilancarkan di Amerika pada bulan Jun sempena Google I/O seminar. Disebabkan ia belum berada di Malaysia, ada antara mereka membawa masuk ke Malaysia melalui rakan mereka di Amerika.

Asus Malaysia hanya membawa masuk Nexus 7 model 16GB dengan harga RM999 dan boleh didapati di semua authorized dealer di seluruh Malaysia. Nexus 7 didatangkan dengan semua Google Apps seperti Gmail, Chrome, Googgle+ dan YouTube. Tidak dilupakan Google Play dalam tangan dengan beratus ribu apps dan games boleh dimuat turun.


Dengan semua kebolehan itu, Nexus 7 hanya ada dalam Wifi sahaja dan tidak dalam 3G, tiada kamera di belakang dan slot untuk SD card. Walaupon anda boleh menumpang atau tethering alat lain untuk akses ke Internet jika tiada Wifi dalam kawasan. Saya dapati tiada kebolehan 3G mengurangkan tablet ini untuk digunakan secara optimum. Sepertimana tablet yang saya ada sekarang, kebolehan 3G memang amat berguna terutama dalam perjalanan seperti dalam kereta dan mahu mendapatkan maklumat atau email dengan cepat. Mungkin tablet akan datang akan ada semua kekurangan itu ;)

Untuk maklumat lanjut mengenai ciri2 lain dan specification bolehlah layari kat Google site.



Tuesday, September 11, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 - Siri 2


Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP) baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pagi tadi di Kuala Lumpur Convention Centre.

Laporan awal tersebut bolehlah dimuat turun (download) kat laman web sesawang Kementerian Pelajaran . Boleh klik kat bahagian pemberitahuan, ade diletakkan link kat situ dan di bahagikan ke 4 dokumen - satu ringkasan dan laporan penuh dalam bahasa Malaysia dan English.




PPP menggunakan 11 anjakan utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun dan membabitkan 3 fasa atau dipanggil gelombang dalam memastikan anjakan dalam sistem pendidikan negara. Dalam muka surat 22 ada disenaraikan 11 fokus anjakan dalam mentransformasikan sistem.


Menurut Berita Harian,
"Gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka.

Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.

Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan."

Antara 11 anjakan tersebut adalah :

1.  Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
2.  Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3.  Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
4.  Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
5.  Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah.
6.  Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
7.  Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualitu Pembelajaran Di Malaysia.
8.  Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.
9.  Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas.
10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.

Bolehlah baca huraian dalam setiap anjakan itu, ada diterangkan apa dia dengan lebih mendalam untuk 11 fokus tersebut. Nasib baik ada laporan ringkasan. Itu pon dah dalam 48 muka surat tapi kalau siapa yang larat bolehlah membelek laporan penuh nya dalam 248 muka surat ataupon dapatkan suratkahabar esok :)

Saya kongsikan laporan ringkasan di bawah.
Preliminary Blueprint Summary


Selamat membaca dan berikan pendapat anda untuk anak-anak kita akan datang.

Sumber : Berita Harian, TheStarKementerian Pelajaran

Post terdahulu : Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025


Monday, September 10, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025

Nampaknya bidang pendidikan negara akan mengalami satu lagi transformasi besar dalam tahun-tahun mendatang. Ini berikutan langkah Kementerian Pelajaran untuk memperkasa bidang pendidikan negara dan memperkenalkan inisiatif dan kaedah baru dalam pembelajaran dan pendidikan di sekolah-sekolah.

Perdana Menteri kita akan mengumumkan hasil laporan awal tentang perkara tersebut esok (Selasa - 11 Sept 2012). Laporan awal itu yang merangkumi hasil maklum balas sesi dialog dan meja bulat yang diadakan di merata tempat bagi mendapat idea dan input dari pihak yang berkepentingan dalam bidang pendidikan.

Setelah diumumkan, kita bolehlah meneliti laporan itu dan memberikan maklum balas dan laporan akhir akan dibentangkan ke Jemaah Menteri kemudian untuk kelulusan.

Jadi, ape harapan cikgu-cikgu semua?

Sumber : Utusan Malaysia, TheStar

Sila lihat juga : Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 Siri 2


Friday, September 7, 2012

Galaxy S3 Sells 20 Million in First 100 Days




Gajet paling hangat di pasaran sekarang tentunya Samsung Galaxy S3. Dalam masa 100 hari, ia telah dijual sebanyak 20 juta dan menjadikan ia telefon pintar berasaskan android yang paling laku dalam pasaran.

Walaupon Samsung mengalami kekalahan dalam saman Apple kepada mereka, ia tidak menlembabkan pasaran Galaxy S3, mungkin ada kesan selepas Apple memberikan telefon mana yang manyalahi hakcipta dan paten mereka. Apple telah memasukkan Galaxy S3 dalam senarai itu dan kena tengok perkembangan tersebut. Kita mungkin ada dalam situasi dimana Galaxy S3 terhad sahaja dalam pasaran US dan tidak di tempat lain. Ini kerana kebanyakan saman Apple kepada Samsung di negara seperti Korea Selatan dan Jepun telah ditolak di negara -negara terbabit. Ade satu kes di Jerman yang belum lagi mengeluarkan keputusan.

Ada berita mengatakan Samsung Galaxy S3 telah berjaya mengatasi Apple dalam senarai telefon pintar paling laris dalam pasaran US. Kalau betul berita ini, ia merupakan satu ancaman kepada pasaran Apple tetapi dengan beberapa hari lagi Apple akan melancarkan iPhone terbaru mereka. Kedudukan itu boleh berubah dan Apple kembali menguasai pasaran.

Nampaknya perang dalam telefon pintar semakin hangat dan sudah mula masuk ke gelanggang mahkamah pula. Kita hanya boleh tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

Di bawah merupakan press release dari Samsung yang saya ambil dari portal AndroidCentral.
Samsung GALAXY S III Reaches 20 Million Sales Milestone in Record Time

Ergonomic design, user-friendly features, and the latest technologies drive record-breaking success for Samsung’s flagship smartphone

SEOUL, Korea—September 6, 2012—Samsung Electronics Co., Ltd, a global leader in digital media and digital convergence technologies, today announced that the GALAXY S III smartphone has achieved 20 million unit sales in just 100 days since its debut in May 2012. As Samsung’s most successful smartphone to date, the GALAXY S III has set a new record, generating sales quicker than any of its predecessors.

Designed for humans and inspired by nature, the GALAXY S III is a revolutionary smartphone that delivers a uniquely personalized and intuitive user experience. It includes a generous 4.8 inch HD Super AMOLED display for a stunning viewing experience, and a variety of powerful camera features that ensure all moments are captured easily and instantly. Samsung GALAXY S III uses intelligent software that responds interactively to your face, gestures and voice. It also sports a range of additional features that boost performance and the overall user experience in entirely new ways, including Smart Stay, S Beam and AllShare Cast.

“The GALAXY S III has enjoyed tremendous attention and popularity since its launch in May, and we are thrilled with its success,” said JK Shin, President and Head of IT & Mobile Communications Division at Samsung Electronics. “I would like to express my sincere appreciation to customers who have chosen the GALAXY S III. We will never stop providing the latest smart mobile technologies to help users live a life extraordinary.”

Following the successful launch of the GALAXY S III, the stylish device will be available in a variety of colors; *Amber Brown, *Garnet Red, *Sapphire Black and *Titanium Gray in addition to Pebble Blue and Marble White.
     
* Availability of colors will vary depending on the country and carrier/retailer.

Sumber : AndroidCentral

Wednesday, September 5, 2012

The Hobbit

The Hobbit: An Unexpected Journey
The Hobbit merupakan filem siri yang terbaru dari Peter Jackson yang merupakan cerita pengembaraan fantasi yang merangkumi 3 siri atau sekuel bermula 2012. Antara tajuknya adalah An Unexpected Journey (2012), The Desolation of Smaug (2013) dan There and Back Again (2014).

Filem siri ini adalah prekuel kepada trilogi The Lord of the Ring dimana mengambil zaman 60 tahun sebelum The Lord of the Ring dan mengisahkan pengembaraan kaum Hobbit terutamanya Bilbo Baggin  dan Gandalf. Pada mulanya, pengarahnya hanya mahu menerbitkan cerita dalam 2 siri filem sahaja tetapi mengubah fikiran dan manjadikannya 3 siri dan menyatakan dia cukup bahan untuk menjadikan The Hobbit sebagai 3 siri filem.

The Hobbit: An Unexpected Journey Trailer 2012

Saya harapkan cerita dia nanti akan sama atau lebih bagus dari The Lord of the Ring dan bolehkan kita menikmati satu lagi siri filem hebat daripada Peter Jackson. Bolehlah singgah ke laman sesawang sini dan blog untuk mendapatkan berita dan perjalanan filem ini dan nantikan siri pertama dalam bulan Disember nanti.


Sumber : The Hobbit Movie, The Hobbit Blog, Berita Harian, Utusan Malaysia

Curiosity on Mars

Penjelajahan manusia ke angkasa lepas terus ditingkatkan dengan kejayaan terbaru NASA dalam menghantar dan mendarat di bumi Marikh - jiran planet bumi kita. NASA membina Projek bercita-cita tinggi dengan membina robot peninjau yang terbesar dalam sejarah penerokaan angkasa lepas.

Robot itu sebesar saiz kereta merupakan cabaran terbesar dalam mendaratkan robot itu dengan selamat di permukaan Marikh dengan cubaan mendarat dengan cara berbeza dengan robot yang terdahulu. Jadi bila robot ini berjaya dengan selamat mendarat, Amerika dengan segera mengumumkan ke seluruh dunia. Kos membina robot tersebut lebih kurang 2.5 billion US dan bayangkan jika ia bertemu dengan kegagalan.

Peneroka angkasa lepas dan ahli astronomi telah lama berminat dengan planet Marikh setelah ada bukti menyatakan pernah wujudnya ais di permukaan Marikh dan lalu mencetuskan spelukasi adanya kehidupan di sana. Mereka membayangkan akan adanya manusia membuat koloni di Marikh pada masa akan datang.

Robot yang diberi nama Curiosity membawa misi untuk meneroka Teluk Crater dan dilancarkan dari Cape Canaveral pada 26 November 2011 dan mendarat pada 6 Ogos 2012. Bertujuan untuk mendapatkan data mengenai batuan di permukaan Marikh dan mendapatkan bukti adanya kehidupan di sana. Sila lihat video disebelah gambaran pendaratan dan video animasi yang dihasilkan.

Setelah mendarat, Curiosity menhantar gambarnya yang pertama dari bumi Marikh dan selepas itu mengirimkan gambar panorama pertama (Lihat sini). Curiosity juga membawa bersama peralatan yang canggih baginya menyelidik, analisa dan menghantar balik keputusan ke bumi.

Pada 28 Ogos 2012,  lagu pertama dalam sejarah dimainkan balik oleh Curiosity dan dipantulkan balik ke Bumi dalam langkah NASA untuk meningkatkan minat sains terutama pelajar sekolah. Lagu itu bertajuk "Reach for the Stars" oleh will.i.am.

Bagi yang berminat mengikuti perjalanan Curiosity bolehlah melayari Mars Science Laboratory untuk gambar dan berita terbaru.

Selamat meneroka angkasa lepas :)


Sumber : Berita HarianHarian Metro, NASA - MSL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...