Monday, August 6, 2012

Olympic 2012 Final : Lee Chong Wei



79 minit yang mendebarkan terutama pada set ketiga. Lee Chong Wei dan Lin Dan saling balas membalas ngan mata tak jauh berganjak sehingga ke mata 19 -19. Saya menontonnya kat tv pon terasa tebarannya apatah lagi pemain dan penonton kat sana.

Pada waktu yang kritikal dan kemuncak, satu mata penentu iaitu sama anda Lin Dan menang atau Lee Chong Wei dapat menyamakan mata. Akhirnya berakhir ngan Lin Dan menang.

Keputusan penuh  21-15, 10-21, 19-21 dan merangkul pingat perak kali kedua buat negara. Walaupon tak menang, Lee Chong Wei patut berbangga kerana mampu bangkit dari kecederaan masa Piala Thomas dan memberikan kita pingat di olimpik.

Tahniah buat Lee Chong Wei yang bole kita jadikan teladan dimana semangat dan keazaman beliau untuk bangkit dari jatuh dan menempuhi masa pemulihan bukan semua antara kita dapat melakukannya.

Sumber : TheStar Online


No comments: