Thursday, August 30, 2012

Gangnam Style

Fenomena Gangnam Style telah melanda alam siber dengan Malaysia menerima tempiasnya minggu lalu sampai kini. Video untuk lagu Gangnam Style yang dinyanyikan oleh Penyanyi Rap Korea bernama Psy telah merebak luas ke seluruh dunia dan menerima sebanyak 73 juta views (masa post ini ditulis).

Lagu single ini telah dimuatnaikkan pada 15 July 2012 dan terus menduduki carta di Korea Selatan dan merebak ke antarabangsa. Dalam minggu pertama bulan Ogos, berita ini telah keluar dalam CNN dan ABC News dan lalu meningkatkan lagi penonton video ini kat YouTube.


All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Akibat dari video itu, Gangnam style telah merebak luas atau jadi viral dan banyak pulak penonton atau mereka yang dah melihat memuatkan naik versi mereka termasuk rakyat kita sendiri. Ade melihat versi Sabah style kat Youtube :). Ape yang menyebabkan video ini menjadi hits -  mungkin dengan lagunya yang catchy dan gaya tarian unik (ala2 tarian kuda).

Susulan dari viral video itu, penyanyinya ade membuat satu lagi dengan penampilan bersama Hyun-A, ahli kumpulan K pop 4Minute yang ade. Video ini sudah mendapat 20 juta views.


All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended 

Selamat menonton.

No comments: