Picture Credit : Alhamdulillah
Picture Credit : Jangan tunggu lama - lama
KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah
bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha
kepada Harian Metro, semalam, sekaligus mengesahkan perhubungan
kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang
pelamin tidak lama lagi.
Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata
demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan
perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di
Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami
berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini
hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram
Ramli.
Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan
perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan
ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.
Mengulas perkara itu, Fasha berkata: “Memang saya dan Jejai
menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan
lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.
“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai
selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti
ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”
Bagaimanapun,
ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan,
Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai
untuk diumumkan.
Alhamdulillah. Benda yang baik jangan dilambat-lambatkan. Moga berkekalan Jejai dan Fasha Sandha.