Wednesday, May 19, 2010

Mari Kita Berjemput - Jemput


 Bukan gambar sebenar: Source

Macam pelik jer title post saya kan? Hehe. Sebenarnya tengah kebosanan. Buat semua benda tidak kena. Nak tidur tak mengantuk. Nak tengok TV takde perasan. Nak berfacebook pun malas. Nak update blog tader hati. Jadi nak hilangkan rasa kebosanan saya ni, saya pun masuklah ke dapur. Hehe.

Kawan - kawan semua, mari kita main masak - masak!

Masakan kita pada waktu petang ini ialah Jemput - Jemput Oat. Sesuai sangat di makan di waktu petang yang tengah nak mendung ni. Dicicah pulak dengan cili sos. Di tambah pula dengan air teh'O panas. Pergh..Terangkat! 

Resepi nya senang sahaja. Ini sangat sesuai pada yang masih bujang atau tengah takder budget. Hehehe

Tepung gandum
Oat
Garam atau gula


Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dengan air. Agak - agaklah tahap cairnya. Jangan jadi air susu perasa tepung gandum pula. Kalau nak rasa manis, tambahlah gula. Kalau nak rasa biasa, tambahlah garam. Senang bukan?
Kemudian goreng. Tadaa. Dah siap pun.

Jom makan!

p/s: Apsal jemput - jemput aku ni tak rasa pun oatnya. Huhu

2 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

nak cekodok...heheheh

Rabia Sensei said...

Hawa, hehe..mehler dtg kalau nak cekodok yang tak berapa sedap ni. hehe =)