Thursday, June 26, 2008

Praktikum Oh Praktikum

Picture Credit : Praktikum

Praktikum minggu depan.

Huhu.
Takut siut.

Terjumpa tip praktikum ini dari Syarliey. Kenapalah tak cari tip ini masa dulu kan? Takperlah, kebetulan dah jumpa tip ini, saya nak share lah dengan readers semua. 


Tip Untuk Praktikum

  • Mula-mula masuk sekolah. Beritahu PK tahun/tahap apa yang anda mahu atau prefer untuk ajar. Bagilah alasan yang munasabah kenapa anda pilih tahap tu.
  • Minggu pertama sekolah. Minta dengan guru pembimbing untuk tak nak mengajar lagi. Bagilah alasan yang anda ingin tengok dia mengajar atau nak menyesuaikan diri dengan sekolah. Tapi, ingat! Ada baik dan buruk kalau tak mengajar minggu pertama ini.
  • Semasa di sekolah. Tak perlulah tunjukkan bakat dan kebolehan yang ada. Nanti ada pula kerja tambahan yang akan diberi. Bukan nak mengelak kerja, tapi bila berpraktikum, ada banyak kerja yang anda kena siapkan seperti RPH, ABM dan lain-lain. Tapi kalau ada cikgu lain minta tolong, tolonglah. Tapi jangan sampai menyeksa diri.
  • Waktu free di sekolah. Fikirkan apa yang nak diajar esok. Plan 3 perkara ini : set induction, group activity and closure
  • Kalau disuruh buat mural, jangan buat awal - awal praktikum. Buat masa akhir - akhir praktikum. Sebab? Kalau mereka berkenan, tak pasal - pasal anda kena buat di dinding yang lain pula.
  • Elakkan tidur semasa di sekolah. Kalau mengantuk, basuh muka atau pergi pekena nescafe ker. Sebab? Supaya anda tak dipandang serong dengan cikgu - cikgu di sekolah. Elakkan daripada buat - buat perkara yang boleh memburukkan imej guru - guru pelatih.
  • Semasa mengajar di sekolah. Anda boleh set a few rules untuk anak murid anda. Salah satunya token ekonomi. Sebelum bagitahu pasal token tu, bagitaulah rules yang yang perlu mereka ikut seperti bagi kerjasama dalam kumpulan, kena siapkan kerja, jangan buat bising dan sebagainya. 
Ini hanyalah saranan dan nasihat jer. Anda boleh ikut atau tidak mengikut kemampuan masing - masing. Terpulang pada masing - masing.
Kalau anda nak tahu lebih detail lagi bolehlah baca kat blog Syarliey. Selamat berpraktikum!

Sunday, June 22, 2008

Kursus Pentauliahan Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah Zon Selatan


Semalam baru habis 4 hari 3 malam camping - kursus pentauliahan leftenan muda kadet remaja sekolah zon selatan di Sedili Damai Resort, Johor. Penat! tapi seronok.

Dapat ramai kenalan baru dari Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO) - Johor, Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) - N9, Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka dan Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS).

Tak sia - sia aku masuk TKRS. Sebab bila compare ngan unit beruniform lain, TKRS camping was the best so far that I heard. hehehe.

Tapi, dalam best-best tu ada gak rasa terkilan. Terkilan tak dapat nak ambik gambar ngan maktab-maktab lain. Huhu.

Lepas ni dah tak jumpa lagi :(


Wednesday, June 11, 2008

Amin

Picture Credit : Jodoh 

Ya Allah.

Seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku.
Satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu abadi.

Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi. Seiringkanlah kami melayari hidup ini.
Ketepian yang sejahtera dan abadi.
 
Tetapi ya Allah.
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku.
Bawalah dia jauh dari pandanganku. 

Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.
Berikanlah aku kekuatan. 
Melontar bayangnya jauh ke dada langit. Hilang bersama senja nan merah. Agarku bisa bahagia.
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Dan ya Allah yang tercinta. 
Gantilah yang telah hilang. 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.
Walaupun tidak sama dengan dirinya.

Ya Allah ya tuhanku.
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu.
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku.
Kerana engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hambamu ini.

Ya Allah.
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini.
Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahu pun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

Monday, June 9, 2008

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...